« Reunion Raya! | HomePage | Cinta Datang Lagi - From JB With Love »

10/30/2006

Haizan - detik cinta bermula

Pagi tu aku bangun lambat. Dekat pukul 2 petang baru aku terjaga. Ada 17 missedcalls dari Haizan. Aku call dia balik, dia kata saje nak ajak aku jalan-jalan. Aku kate aku tak larat nak keluar, malas. Lagipun aku baru bangun. Haizan nak datang rumah aku, dia tanya aku nak makan ape. Aku kate aku dah call Pizza. Tapi Haizan datang jugak bawak nasi beryani untuk aku.

Lama dia tunggu kat lobby, aku mandi. Tak dengar pun hp bunyi. Bila aku call dia balik, dia kata dia dah ade kat lobby. Aku suruh dia naik tingkat 8 dan aku tunggu kat pintu depan. Dia berpakaian santai. Jeans pendek paras lutut dan t-shirt Hard Rock Café Tokyo dengan kasut kulit panama tanpa sarung kaki. Tangan kiri dilingkari jam tangan BUM Equipment dan memegang kunci kereta, tangan kanan dengan plastik merah berisi 2 bungkus nasi beryani berlambangkan JM Beryani.

“baru lepas mandi ke?” Haizan menyentuh rambut basah aku dan menciumnya.
“letih la, bangun je lapar” aku menuangkan air oren dari dalam botol kedalam cawan.
“pizza dah sampai?”
“belum lagi” aku menggeleng.
Kami makan nasi dulu. Berjanggut nak tunggu pizza. Dah nak habis aku makan baru pizza sampai.
Aku bangun sambut pizza. Nasib baik aku makan pakai sudu. Memang aku makan pakai sudu kecuali makan ketam hehehe…
“aku bayar meen, aku bayar…”
“takpelah, ko kan beraya kat umah aku…” aku bergegas nak ke bilik ambik purse.
“no meen, please… kasi la aku bayar… jangan la macam ni. Ambikkan wallet aku jap” Haizan memusingkan belakangnya sebab tangan dia disaluti beryani.
Aku meraba poket belakang Haizan dan keluarkan wallet dia. Aku serba salah.
“bukaklah takpe…” Haizan cam paham je aku serba salah nak bukak wallet dia. Memang seumur hidup aku tak pernah bukak wallet orang.

Lepas makan kami berbual-bual disofa sambil menikmati pizza. Banyak kisah-kisah lama yang kami bualkan. Dulu Haizan ni biol. Dia tak pernah menunjukkan minat pada 3 dara gedik, aku, yana dan yusniza yang terkenal dengan bongkak dan sombong mase kat sekolah. Dia sekadar kawan biasa dengan kami. Turut sama merancangkan strategi nak kenakan cikgu, atau membuli kawan-kawan lain. Malah Shahid ketua pengawas tu pun habis dibulinya.

Aku tak banyak ceritakan tentang kisah hidup aku. Aku Cuma cakap yang aku bekerja dan belajar. Sementara Haizan bercerita tentang kisah hidupnya yang ambik keputusan untuk menjadi cikgu selepas gagal ke Oxford. Dan dia memilih untuk mengajar disekolah rendah berbanding menjadi cikgu sekolah menengah yang stress. Jadi, dia melaram dengan harta bapak dia sebab kalau ikut logic, mcm mana nak bermewah dengan gaji seorang cikgu. Rasanya tak berbaloi dengan tanggungjawab. Tapi oklah kot, tiap-tiap hari mengajar halfday je, petang dah free lepak kat umah, boleh buat bisnes tepi lain hehehe…

Terus terang aku katakana nafsu aku naik ketika bersama Haizan. Masa bercakap, mata dia memandang tepat kearah aku. Mata dia merenung aku dengan tajam menusuk jauh kedasar hati. Aku memerhati bibir dia ketika sedang berkata-kata, aku sungguh teruja. Aku terasa ingin nak mengucup bibir itu tapi dia kawan aku. Dan aku tak mungkin akan memulakan. Haizan sedikit pun tak menunjukkan tanda-tanda yang dia berminat nak menyentuh aku. Sentuhan dia buat aku syok sendiri. Dia bermain rambut aku. Dia menyentuh pipi dan bibir aku, memuji dan mendera perasaan aku. Tapi tak pulak dia cuba menyentuh tempat-tempat sulit lain sedangkan aku mengharapkan sesuatu berlaku. Petang tu Haizan balik meninggalkan tanda tanya. Perasaan apakah yang bersarang dihati aku. Haizan mengingatkan aku tentang Fikri http://garryzyan.blogdrive.com Lelaki yang gagal aku sentuhi sehingga dia meninggal dunia di Manila. Esok keje… argghhh malasnye…

The comments are closed.